Jamal Yunos beri keterangan di Bukit Aman berhubung memorandum judi

Jamal Yunos beri keterangan di Bukit Aman berhubung memorandum judi

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jamal Md Yunos tiba di Bukit Aman kira-kira 3.45 petang Isnin untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas.
KUALA LUMPUR:
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos dipanggil ke Bukit Aman semalam bagi memberi keterangan berhubung penghantaran memorandum berkaitan kegiatan judi yang diserahkannya kepada polis minggu lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Jamal tiba di Bukit Aman kira-kira 3.45 petang untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

Mior Faridalathrash berkata, Jamal disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Jamal dilaporkan menyerahkan satu memorandum ditujukan kepada Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang antara lain menggesa polis membongkar premis serta kegiatan judi semakin berleluasa dalam negara.

Memorandum itu turut menggesa polis membuka semula kertas siasatan berhubung tindakan Jamal melakukan serbuan ke atas 2 premis perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Dis 2016.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.