Syarikat produksi Jepun cipta ‘hiburan’ aneh untuk rakyat hilangkan stres akibat Covid-19

Syarikat produksi Jepun cipta ‘hiburan’ aneh untuk rakyat hilangkan stres akibat Covid-19

Sebuah syarikat produksi di Jepun menawarkan 'hiburan' kepada mana-mana individu yang berhasrat mahu melepaskan tekanan.

Sebuah syarikat produksi di Jepun menawarkan ‘hiburan’ kepada mana-mana individu yang berhasrat mahu melepaskan tekanan.

Pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih tiada vaksin terus membelenggu seluruh dunia ternyata meninggalkan impak yang besar kepada semua.

Menyedari kebanyakannya tertekan gara-gara wabak berkenaan, sebuah syarikat produksi di Jepun menawarkan “hiburan” kepada mana-mana individu yang berhasrat mahu melepaskan tekanan.

“Pandemik ini memberi tekanan, dan kami berharap orang mendapat sedikit kelegaan dengan menjerit,” kata Kenta Iwana, koordinator syarikat produksi Kowagarasetai atau “Scare Squad”.

Menerusi “hiburan” berkenaan, mereka yang mengambil bahagian akan berbaring di keranda sambil dikelilingi oleh “zombi” yang mengerikan.

Dengan melabur beberapa Yen, mereka akan ditakutkan selama 15 minit oleh zombi-zombi berkenaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.