Selisih faham punca gaduh, tiada elemen kongsi gelap, kata polis

Selisih faham punca gaduh, tiada elemen kongsi gelap, kata polis

Punca insiden dipercayai akibat perselisihan faham antara kumpulan terbabit di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Dang Wangi Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, punca insiden dipercayai akibat perselisihan faham antara kumpulan terbabit di lokasi berkenaan.
PETALING JAYA:
Insiden pergaduhan kumpulan bermotosikal di Dataran Merdeka yang tular di media sosial hari ini tidak membabitkan elemen kongsi gelap.

Ketua Polis Dang Wangi Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, punca insiden dipercayai akibat perselisihan faham antara kumpulan terbabit di lokasi berkenaan.

“Ia tidak melibatkan elemen kongsi gelap atau gangsterisme,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengesahkan polis menerima panggilan telefon daripada orang awam 1.29 pagi tadi yang melaporkan pergaduhan membabitkan beberapa lelaki bersenjatakan topi keledar di Dataran Merdeka.

“Bertindak atas maklumat itu, MPV dan pasukan Operasi Cantas IPD digerakkan ke lokasi. Namun, apabila sampai di lokasi berkenaan didapati tiada lagi pergaduhan berlaku.

“Tiada laporan polis dibuat mana-mana pihak yang terlibat. Bagaimanapun, 1 laporan polis dibuat petugas pusat kawalan polis Dang Wangi dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata di tempat awam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial insiden pergaduhan di Dataran Merdeka membabitkan sekumpulan lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian itu beberapa individu dipukul menggunakan topi keledar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.