
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali itu akan menjadi kekuatan kepada PPBM dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“Hari ini kita harus pilih 1 wadah politik untuk masuk ke gelanggang membantu parti PPBM supaya PPBM menjadi parti dengan komponen ahli Parlimen terbesar.
“Dengan adanya bangsa Cina, India Melayu, Iban, dan Kadazan ini peluang PPBM tambah kerusi ahli Parlimen pada pilian raya umun akan datang. Ini menjadi kekuatan pada kita,” katanya ketika berucap di Kongres Negara “Bersatu untuk Malaysia” hari ini.
Seramai 10 bekas ahli Parlimen PKR bersama Azmin dijangka menyertai PPBM secara rasmi petang ini.
Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata, kumpulan berkenaan juga cuba membentuk platform baharu namun atas muafakat bersama ia tidak direalisasikan.
“Kita ada dalam landasan yang betul. Kita amat bersemangat untuk adakan 1 platform baru, namun atas muafaat, kesepakatan kita semua bersetuju bersama PPBM termasuk mereka yang bukan Melayu,” katanya.
Katanya, tidak salah untuk bekas ahli PKR berubah kepada kumpulan lain jika gabungan dan parti lama tidak lagi releven.
“Tidak salah kita berubah kalau parti lama tidak releven lagi, sudah sesat,” katanya.
Zuraida turut berharap dengan penyertaan mereka, Azmin diberikan tempat dan kedudukan dalam PPBM.