
Penjarakan fizikal yang kini menjadi salah satu norma baru masyarakat, mengubah beberapa lanskap kehidupan.
Antaranya adalah penjarakan fizikal ketika berada dalam panggung wayang, dan terbaru ketika sedang berhibur ketika menonton konsert secara live.
Jika sebelum ini, penonton terpaksa bersesak-sesak ketika menikmati persembahan live, kini satu ruangan khas akan disediakan kepada penonton untuk memastikan mereka patuh kepada SOP yang ditetapkan.
Misalnya di Virgin Money Unity Area, United Kingdom, satu konsert live diuji dengan mengumpulkan 2,500 peminat bagi menyertai konsert jarak jauh pertama ini.

Bagi memastikan penonton terhibur dan menjaga keselamatan masing-masing, mereka akan dipandu ke kawasan tontonan peribadi sendiri dengan pesanan makanan atau minuman dibuat melalui aplikasi yang kemudiannya dihantar.
“Terasa seperti peluang unik untuk meraikan muzik dan semua emosi indah yang datang dengan mengalaminya secara langsung bersama peminat muzik lain,” kata Pengarah jenama dan pemasaran kumpulan di Virgin Money, Helen Page yang juga menjangkakan kaedah ini akan dikekalkan dimasa depan selagi Covid-19 masih ada.

Selain itu, suhu penonton juga diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan mereka selamat ketika menonton konsert ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]