
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof berkata, langkah itu bagi memastikan tenaga kerja sedia ada digunakan sebaiknya dan ia akan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Kita sedang memperhalusi skop pembentukan program baru tersebut. Lebih merangkumi semua kaum, paling utama adalah untuk memahami sejarah, patriotisme dan menjadi pemimpin masa depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama warga APM Melaka di sini, malam tadi
Menurutnya, pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada kementerian terlibat sebelum perancangan berkenaan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat untuk diluluskan.
Pada majlis itu, seramai 31 orang terdiri daripada ahli akademik dan profesional menerima watikah pegawai kehormat dan bersekutu pertahanan awam.
Majlis turut dihadiri ketua pesuruhjaya APM, Roslan Wahab.