Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya

Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya

Semua mangsa di Kemaman yang ditempatkan di PPS dibenar pulang ke rumah pada 6 petang tadi.

Kesemua mangsa banjir di Kemaman sebelum ini ditempatkan di PPS SK Bukit Mentok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila kesemua 571 orang daripada 155 keluarga di Kemaman dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, kesemua mangsa sebelum ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) SK Bukit Mentok.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 6 petang tadi berikutan keadaan cuaca semakin baik hari ini.

Bagaimanapun, beliau menasihati orang ramai supaya kekal berjaga-jaga serta bersiap sedia untuk berpindah ke PPS sekiranya kawasan rumah mula dinaiki air.

“Dalam musim Monsun Timur Laut ini, penduduk yang selalu dilanda banjir perlu berjaga-jaga dengan amaran dikeluarkan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan bersedia untuk berpindah ke tempat lebih selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.