Kedai 113 tahun dipenuhi 4,000 biskut, makanan ringan

Kedai 113 tahun dipenuhi 4,000 biskut, makanan ringan

Pada 1907, Xin Kwong Sang Woh Enterprise ialah kedai runcit yang memenuhi permintaan penduduk setempat. Ia tidak banyak menjual biskut dan makanan ringan sehingga keputusan menukar konsep kedai itu dibuat beberapa tahun kemudian.

Xin Kwong Sang Woh Enterprise dibuka pada 1907.
PETALING JAYA:
Sebuah kedai berusia 113 tahun di Kajang masih menjual lebih 4,000 jenis biskut dan makanan ringan yang akan membangkitkan kenangan nostalgia.

Anda tidak akan terlepas Xin Kwong Sang Woh Enterprise. Sekilas pandang dari koridor kelihatan beratus tin yang disusun dari lantai ke bumbung, dipenuhi biskut pelbagai rasa, tekstur, warna dan bentuk.

Siew Pak Chong, 90, duduk di sebalik kaunter kedai itu. Beliau terlalu tua untuk menimbang biskut dan memasukkannya ke dalam balang, tetapi otaknya masih aktif itu kerana beliau membuat pengiraan dan kadangkala senyum kepada pelanggan.

Siew Pak Chong yang berusia 90 tahun mewarisi kedai biskut ini daripada bapanya.

Kedai ini ialah rumahnya sejak beliau dilahirkan. Beliau ialah pemilik generasi ke-2 bagi mercu tanda bersejarah ini.

Bagaimanapun, kedai ini lebih tua daripada pemiliknya.

Kedai ini ditubuhkan ayahnya pada 1907 dan ia kelihatan usang seperti umurnya, walaupun ada sesuatu yang ajaib mengenainya, ibarat masa terhenti di sini.

Kedai ini tidak mempunyai hiasan moden, lampu terang atau pendingin hawa. Malah, ruang antara tin biskut bertindih serta rak hanya mampu memuatkan seorang berdiri.

Pada 1907, Xin Kwong Sang Woh Enterprise ialah kedai runcit yang memenuhi permintaan penduduk setempat. Ia tidak banyak menjual biskut dan makanan ringan sehingga keputusan menukar konsep kedai itu dibuat beberapa tahun kemudian.

Kepingan asam manis Haw Flakes dan kuaci yang menjadi kegemaran ramai sehingga kini.

Hari ini, kedai itu dijaga anak Pak Chong, Siew Chee Kien, 52, dan isterinya Tan Bee Kien, 42.

Tan berkata, walaupun kedai itu terpaksa ditutup akibat perintah kawalan pergerakan untuk membendung penularan Covid-19, perniagaannya pulih dengan cepat akibat pesanan banyak daripada pelanggan.

Pelanggan Cina, India mahupun Melayu yang mengenali pemilik kedai itu berborak dan bergurau ketika mereka membeli biskut kegemaran mereka.

Tan sering berdiri dan berjalan dari satu sudut ke sudut lain dalam kedai itu, menimbang biskut dan mengesyorkan biskut baru serta mengisi tin kosong dengan stok baru.

Gula-gula Fizzy Kola dan asam yang digemari kanak-kanak.

Satu-satunya masa beliau dapat berehat sekejap ialah ketika hujan, tetapi beliau tetapi sibuk memastikan semua tin biskut penuh.

Ketika ditemui FMT, beliau menunjukkan sedikit bahasa Tamil yang dikuasainya. Kerja itu memberi kelebihan kepadanya untuk belajar bahasa lain daripada pelanggan.

Walaupun Xin Kwong Sang Woh Enterprise tidak sebesar mana, kepelbagaian stok mereka mengagumkan, daripada biskut ais krim yang berwarna-warni kepada wafer kuning Apollo penuh nostalgia, Haw Flakes dan Roti Kok.

Pelanggan tetap kedai itu akan datang dengan satu senarai dan pulang dengan beg plastik dipenuhi pelbagai biskut dan makanan ringan.

“Saya tidak perlu mencuba biskut lagi. Tunjuk kepada saya sejenis biskut dan saya akan beritahu anda rasanye,” kata Tan yang berpengalaman.

Xin Kwong Sang Woh Enterprise
32, Jalan Tukang
Bandar Kajang
43000 Kajang
Selangor

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.