Kaunter aduan trafik Balai Polis Sentul tutup selepas pengadu bergelang batuk

Kaunter aduan trafik Balai Polis Sentul tutup selepas pengadu bergelang batuk

Mangsa ke balai polis untuk membuat aduan dirinya diganggu.

SEPANG:
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memaklumkan kaunter aduan trafik Balai Polis Sentul ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan selepas seorang pengadu bergelang merah jambu batuk.

Balai berkenaan bagaimanapun masih beroperasi seperti biasa.

Mengenai pengadu terbabit, mangsa ke balai berkenaan untuk membuat aduan dirinya diganggu.

“Bila mangsa sampai di sana, polis dapati dia pakai gelang kuarantin dan mempunyai gejala batuk. Perkara itu kemudian dilaporkan kepada kementerian dan kementerian minta kawasan yang mangsa datang itu ditutup,” katanya kepada pemberita selepas acara Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Paya Indah Wetland, Dengkil hari ini.

Hamid menjelaskan cerita di media sosial tentang keadaan di Balai Polis Sentul susulan dakwaan berlakunya penularan Covid-19 di situ.

Maklumat lanjut kementerian akan umum petang ini, tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.