
Pengarah Maqis Kedah, Hisham Abu Bakar, berkata operasi pada 4 petang itu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di laluan penumpang (eksport).
“Hasil pemeriksaan bersama yang dilakukan mendapati sebanyak 90kg kuda laut dianggarkan bernilai RM180,000 tanpa sebarang dokumen yang sah, iaitu tanpa permit eksport daripada Maqis,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 11(3) akta sama.
“Tindakan penguatkuasaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasilan pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan,” katanya.