Kerajaan bentang semula RUU pinda Akta MKN

Kerajaan bentang semula RUU pinda Akta MKN

RUU meminta Akta Majlis Keselamatan Negara ditarik balik pada Julai tahun lalu.

KUALA LUMPUR:
Kerajaan membentangkan semula Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020, yang ditarik balik pentadbiran lepas.

RUU itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan untuk bacaan kali pertama hari ini. Perinciannya akan dibacakan pada bacaan kedua, dan ketiga yang dijadualkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini juga.

Pindaan pada Akta Majlis Keselamatan Negara ini, yang memindahkan kuasa perdana menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan kepada Agong, dan memperkenalkan hukuman lebih berat, pernah dibentang pada April tahun lalu tetapi ditarikh balik pada Julai.

Akta asal, yang diluluskan pada Disember 2015, membolehkan perdana menteri mengisytiharkan suatu kawasan sebagai kawasan keselamatan, di mana pasukan keselamatan dibenarkan memeriksa mana-mana individu, kenderaaan, atau bangunan tanpa waran.

Media melaporkan ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan penyiasatan formal berhubung pembunuhan yang dilakukan polis atau tentera dalam kawasan keselamatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.