Dokumen TLDM bocor di ‘Dark Web’, dakwa laporan

Dokumen TLDM bocor di ‘Dark Web’, dakwa laporan

Dokumen bocor itu turut membabitkan milik tentera AS dan tentera laut Nigeria.

Tentera Laut Diraja Malaysia berkata pihaknya mengetahui laporan yang mendakwa maklumat berkaitan ketenteraan dicuri dan dimasukkan ke dalam Dark Web. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dokumen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibocor dan dimasukkan ke portal “Dark Web”, lapor The Straits Times (ST) Singapura, hari ini.

Menurut laporan itu, dokumen berkenaan antara sejumlah maklumat berkaitan ketenteraan yang dicuri daripada pelbagai negara dan kontraktor pertahanan.

Ia termasuk dokumen milik tentera dan tentera udara Amerika Syarikat (AS) serta tentera laut Nigeria.

ST berkata, pihaknya memahami dokumen berkenaan bersumber daripada akaun emel anggota tentera yang digodam.

Sementara itu, TLDM menyedari laporan berkenaan.

Namun, laporan itu juga menyebut pakar keselamatan dan perisikan mengatakan pelanggaran data seperti itu bukan perkara luar biasa walaupun mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Intelligence House Mikko Niemela berkata, dokumen seperti itu sering dilihat di pasaran atau forum “khusus” di Dark Web dan biasanya dibayar dalam bentuk bitcoin yang memastikan nama pembeli dan penjual tidak dikenali.

“Sebab mengapa mereka sering dilihat di pasaran atau forum ‘khusus’ (di Dark Web) adalah kerana memudahkan pelanggan yang berpotensi untuk mengakses maklumat tersebut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.