
Katanya, senarai nama yang diserahkan itu, turut membabitkan kerusi DUN yang akan ditandingi serta diyakini berpotensi untuk menang.
“Saya telah bertemu dengan pengerusi PPBM Sabah, Hajiji Noor bagi membincangkan perkara itu, termasuk persiapan menghadapi PRN.
“Hasil perjumpaan itu juga beliau (Hajiji) menyatakan memang perlu ada orang muda sebagai tambahan dan melengkapkan PPBM kerana parti ini tidak akan meminggirkan golongan tersebut.
“Bagaimanapun setiap nama yang dicadangkan akan dianalisis terlebih dahulu kerana kita mahu meletakkan calon yang mampu menang,” katanya di sini, hari ini.
Tambah beliau, Pemuda PPBM Sabah sentiasa bersedia menghadapi PRN walaupun mahkamah bakal membuat keputusan berhubung pembubaran DUN esok.