
Sumber berkata, individu berusia 65 tahun yang juga bekas timbalan pengerusi syarikat direman 4 hari sehingga 18 Ogos ini, manakala bekas ketua pegawai eksekutif syarikat berusia 40 tahun direman 5 hari hingga 19 Ogos ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Sumber berkata, kedua-dua individu itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 5 petang serta 10.20 malam semalam.
Semalam, 3 suspek berusia 39 hingga 73 tahun, termasuk seorang daripadanya yang bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan kes sama.
Sumber dilaporkan berkata, suspek itu disyaki mengambil dan menerima rasuah sehingga RM3 juta berkaitan pemerolehan projek pembalakan di tanah seluas 6,591.67 ekar di sebuah daerah di Pahang pada 2015.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.