Lelaki dakwa jual organ manusia direman 7 hari

Lelaki dakwa jual organ manusia direman 7 hari

Lelaki berusia 48 tahun itu menyerah diri kepada polis semalam selepas mendakwa terbabit dalam pemerdagangan organ manusia antarabangsa.

Suspek dibawa ke mahkamah di Kuching untuk direman bagi membantu siasatan kes pemerdagangan organ antarabangsa. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Lelaki yang menyerah diri kepada polis semalam, selepas mendakwa diri terbabit dalam pemerdagangan organ manusia antarabangsa, direman 7 hari untuk membantu siasatan kes itu.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 48 tahun itu dikeluarkan penolong pendaftar mahkamah rendah Kuching, Mosidi Husseini, yang bersidang sebagai majistret, susulan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat Nor Elyanis Mohd Yusoff.

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dev Kumar M M Sree mengesahkan lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching kira-kira 1.45 tengah hari.

Dia berbuat demikian selepas mengetahui polis memburunya susulan laporan akhbar United Kingdom, The Sun yang dia ialah broker buah pinggang mangsa miskin.

Dalam artikel 8 Ogos lalu, lelaki itu mendakwa dia boleh menguruskan “pakej” pemindahan organ £85,000 untuk warga Britain di Filipina dan mendalangi 45 penjualan haram buah pinggang menggunakan Facebook bagi mengumpan mangsa miskin dari seluruh dunia untuk menjual organ mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.