SPR perlu RM1.2 bilion jika PRU mengejut

SPR perlu RM1.2 bilion jika PRU mengejut

Itu anggaran untuk menjalankan pilihan raya dengan mengambil kira SOP mencegah penularan Covid-19.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan RM1.2 bilion jika pilihan raya umum mengejut diadakan dalam tempoh penularan Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, berkata jumlah itu anggaran untuk menjalankan pilihan raya dengan mengambil kira SOP bagi mencegah penularan Covid-19.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata daripada RM15 juta yang diterima SPR bagi 2019, sebanyak RM12,946,353.50 dibelanjakan untuk pelaksanaan 5 pilihan raya kecil iaitu PRK Parlimen Cameron Highlands, Parlimen Sandakan dan Parlimen Tanjung Piai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Rantau.

Fada Februari lalu, pengerusi SPR ketika itu, Azhar Harun berkata anggaran kasar untuk mengadakan PRU antara RM750 juta dan RM800 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.