Isteri Guan Eng dan Phang Li Koon ditahan SPRM

Isteri Guan Eng dan Phang Li Koon ditahan SPRM

Betty Chew dan seorang lagi akan didakwa bersama Lim Guan Eng pada Selasa.

PETALING JAYA:
Betty Chew, isteri bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata sumber.

Menurut sumber, Chew baru sahaja ditahan manakala Phang ditahan semalam.

Belum dapat dipastikan kes apa yang menyebabkan penahanan itu tetapi difahamkan siasatan SPRM berkaitan salah guna kuasa dan pengubahan wang.

“Chew, Phang, dan Lim akan didakwa bersama pada Selasa,” kata sumber.

Terdahulu, Chew berada di pejabat SPRM di Jalan Northam pada 10.50 pagi tadi bersama peguamnya, Lee Khai.

Peguam Lim, RSN Rayer dan SPRM belum respon kepada permintaan untuk komen mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.