
Kerajaan pada Sabtu mengarahkan ujian swab hidung PCR untuk mengesan jangkitan Covid-19 diberikan secara percuma.
“Kami tidak akan menyifatkan ini sebagai gelombang ke-2, tetapi apa yang jelas ialah untuk beberapa hari ini, kami menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah kes positif, yang mencatatkan penurunan selama 13 minggu,” kata Menteri Kesihatan, Olivier Veran dalam satu temubual dengan akhbar Le Parisien.
Statistik yang disiarkan pada Jumaat lalu menunjukkan Perancis mencatatkan 30,192 kematian daripada 180,528 kes Covid-19.
Jumlah kes baru meningkat lebih 1,000 untuk hari ke-2 berturut-turut – sekitar tahap sama ketika langkah sekatan dilonggarkan Mei lalu, susulan sekatan selama 2 bulan.