Tip pilih daun limau purut bentuk ‘8’ supaya tidak rasa pahit

Tip pilih daun limau purut bentuk ‘8’ supaya tidak rasa pahit

Daun yang lebar memang akan menghasilkan rasa agak pahit kalau dibuat masak.

Daun yang lebar memang akan menghasilkan rasa agak pahit kalau dibuat masak jadi pilih yang bentuk 8.

Bagi mereka yang gemar makan tomyam atau apa sahaja makanan yang ada rasa masam-masam, sudah pasti daun limau purut wajib ada.

Namun ada masa bila masak masakan guna limau purut akan terasa sedikit pahit.

Rupanya ia ada kaitan dengan pemilihan daun otu sendiri.

Untuk memasak menggunakan daun ini kena perhati bentuk daunnya barulah rasa pahit itu tidak ada.

Petua yang dikongsi Nasrah Zamzam ini ramai tak tahu.

Ada yang kata masak tomyam ke paprik kekadang ada rasa pahit.

Ini kerana daun limau purut memainkan peranan penting.

Tip yang perlu semua tahu ialah cari daun limau purut berbentuk 8, barulah ia tak pahit.

Daun yang lebar memang akan menghasilkan rasa agak pahit kalau dibuat masak.

Berapa kali masak guna jenis lebar masakan terasa pahit walaupun buang urat tengah.

Jadi pilih daun yang betul supaya ia tidak merosakkan masakan anda bersama keluarga di hujung minggu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.