
Malang tidak berbau dan sangat menjijikkan!
Itulah ayat yang sesuai selepas seorang pelanggan wanita menemui bangkai seekor tikus dalam pek makanan (ready meal) yang dibeli dari sebuah pasaraya terkemuka.
Cath McCall Smith, dari Durham, berkata pada mulanya dia menyangka sedang mengunyah bahagian tulang.
Bagaimanapun sebaik melihat kembali ke dalam bekas makanan tersebut, ketulan yang disangkanya daging ayam sebenarnya merupakan bangkai tikus!
Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di media sosial, kelihatan gigi, misai dan bulu pada “ketulan daging” yang diliputi sos daripada makanannya.
Wanita berusia 57 tahun itu turut memuat naik gambar makanan tersebut ke halaman Facebook pasaraya itu dengan kapsyen: “Jangan beli makanan siap dimasak dari T****. Apa yang saya dapati menyebabkan saya muntah selama 12 jam”.
Sementara itu, pasaraya berkenaan dalam reaksinya memaklumkan pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]