Wanita sudi belanja makan lelaki ‘susah’ terkejut barang dapurnya dibayar

Wanita sudi belanja makan lelaki ‘susah’ terkejut barang dapurnya dibayar

Video yang penuh dengan emosi itu tular dan ditonton lebih 88,000 kali.

Seorang wanita yang sudi membelikan seorang lelaki ‘susah’ makan tengah hari tidak menyangka barangan dapurnya dibayar. (Gambar TikTok)

Hanya manusia yang pernah melalui ujian berat dalam hidup tahu maksud sebenar derita.

Insan begini lazimnya tidak akan membiarkan insan lain melaluinya malah seboleh mungkin melindungi mereka. Demikian sisi yang dipamer seorang wanita dalam video yang tular ini.

Menerusi video berdurasi 43 saat itu, seorang wanita dilihat sedang sibuk membeli barangan dapur.

Dia dihampiri seorang lelaki yang dikatakan tertinggal dompet di rumah dan hanya mahu membeli makan tengah hari.

Tanpa rasa teragak-agak wanita itu terus bersedia membelikan lelaki tersebut makanannya.

Apa yang tidak diketahui, rupanya dia sedang diuji dalam satu eksperimen. Lelaki yang tertinggal dompet itu tadi terus menawarkan diri untuk membayarkan semua barangan dapur yang hendak dibelinya.

Wanita itu terkejut dan cukup tersentuh dengan kebaikan lelaki tersebut. Malah dia turut berkongsi baru saja kehilangan ibu tersayang tiga minggu lalu.

Bukan itu saja, malah wanita itu turut dikejutkan dengan sejambak bunga di luar pasaraya tersebut.

Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, video yang tular itu mendapat lebih 88,000 tontonan. Warganet rata-rata cukup tersentuh dengan sifat kemanusiaan dan kebaikan wanita itu.

“Orang yang susahlah yang biasanya memberi lebih,” kata seorang pengguna.

“Dan dia langsung tidak teragak-agak, moga Tuhan memberkatinya,” ujar seorang lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.