Kasih sayang seorang anak, sanggup panjat tingkap setiap hari hingga ibu meninggal!

Kasih sayang seorang anak, sanggup panjat tingkap setiap hari hingga ibu meninggal!

Tiada siapa dapat halang kasih sayang seorang anak, sanggup panjat tingkap setiap hari hingga ibu meninggal akibat Covid-19!

Tiada siapa dapat halang kasih sayang seorang anak, sanggup panjat tingkap setiap hari hingga ibu meninggal akibat Covid-19! (Gambar Facebook)

Sudah menjadi lumrah apabila salah seorang ahli keluarga sakit dan dimasukkan ke hospital kita akan melawat mereka serta menemani mereka disaat mereka memerlukan kita.

Bagaimanapun memandangkan pandemik wabak Covid-19 masih belum reda, semua hospital mengetatkan beberapa perkara termasuklah lawatan yang tidak dibenarkan meskipun pesakit sudah nazak.

Namun siapalah kita hendak menghalang kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

Bagi seorang pemuda dari Palestin, arahan ini tidak dapat menghalangnya untuk melawat ibunya yang dimasukkan ke dalam hospital kerana dijangkiti Covid-19.

Jihad Al-Suwaiti ini sedaya upaya memanjat tingkap hospital setiap hari bagi memastikan ibunya itu mendapat rawatan dan perhatian sepenuhnya.

Gambar dan video lelaki ini dimuat naik di media sosial dan tular membuatkan ramai netizen sebak dengan kegigihan dan kasih sayangnya kepada ibunya.

Dilaporkan, Jihad duduk di tingkap tersebut setiap hari sehingga ibunya, Rasma Salama menghembuskan nafasnya yang terakhir 16 Julai lalu.

Menurut pegawai di hospital tersebut, lelaki ini memanjat bangunan hospital tersebut setiap hari untuk menjenguk ibunya yang berada di tingkat 2 supaya dia boleh pantau perkembangan ibunya.

“Dia habiskan masanya hampir setiap hari melihat keadaan ibunya dari luar tingkap dan hanya turun bila dia pasti ibunya dan tidur.”

Abang Jihad, Rasmi, memberitahu media tempatan, walaupun tindakan adiknya ini sudah dilarang oleh pihak hospital, Jihad tetap degil dan panjat tingkap tersebut setiap hari.

“Jihad adalah anak bongsu dan rapat dengan ibu, lebih-lebih lagi selepas bapa kami meninggal 15 tahun lepas.”

“Ibu kami ada leukemia dan didiagnos dengan Covid-19 beberapa minggu lalu. Bila kami diberitahu tentang kematian ibu, Jihad marah dan tak percaya.”

Namun menurut Rasmi adiknya itu kini sudah semakin menerima berita kematian ibunya itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.