
Bagaimanapun katanya, di peringkat Wilayah Persekutuan, solat Jumaat cuma diadakan 1 sesi seperti diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
“Justeru sekarang ini kami mengambil ketetapan bagi pihak contohnya Wilayah Persekutuan, kita tidak akan buat 2 sesi, kita hanya buat 1 sesi sahaja. Negeri lain tertakluk kepada pentadbiran agama negeri.
“Setakat ini apa yang dimaklumkan kepada saya, mereka (negeri-negeri) buat satu sesi sahaja. Ini (solat Jumaat satu sesi) yang diputuskan oleh mesyuarat khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, terpulang kepada negeri masing-masing,” katanya.
Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli Pasca Musa’adah Covid-19 Bersama Nelayan Terengganu, di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Chendering, di sini hari ini.
Katanya, mesyuarat khas Jawatankuasa Muzakarah MKI itu turut membenarkan solat Jumaat diadakan di kawasan tepi masjid, termasuk pemasangan khemah di pekarangan masjid, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.