Kementerian Kewangan teliti cadangan rakyat berhubung Belanjawan 2021

Kementerian Kewangan teliti cadangan rakyat berhubung Belanjawan 2021

Darurat kesihatan akibat pandemik Covid-19 adalah insiden terburuk dalam sejarah dunia.

Timbalan menteri kewangan I Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan akan melakukan yang terbaik dengan merangka instrumen terbaik dan pada masa sama memerhati pengalaman negara lain sebagai panduan.
KOTA KINABALU:
Kewangan akan meneliti setiap cadangan yang dikemukakan rakyat dan golongan berkepentingan bagi merangka Belanjawan 2021 yang dijadualkan dibentangkan pada Oktober depan, seterusnya pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) pada tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan I Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan akan cuba melakukan yang terbaik untuk negara dengan merangka instrumen terbaik dan pada masa sama memerhati kejayaan dan kegagalan negara lain sebagai panduan.

Darurat kesihatan akibat pandemik Covid-19 adalah insiden terburuk dalam sejarah dunia dan kesan ekonominya adalah terburuk dalam tempoh 100 tahun.

“Walaupun pada suku pertama tahun 2020 ini Malaysia mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 0.7%, tetapi pada suku ke-2 dan seterusnya akan memberi gambaran sebenar kemerosotan ekonomi global dan kesannya kepada negara.

Abdul Rahim Bakri

“Biarpun sudah kelihatan tanda-tanda pemulihan sedang berlaku di Malaysia susulan pelbagai inisiatif fiskal dan ‘monetary intervention’, khususnya melalui pakej rangsangan RM295 bilion.

“Tetapi kebimbangan sebenar akan berlaku pada bulan September depan apabila moratorium kemudahan pinjaman RM100 billion dan kemudahan I-Lestari tamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, sektor peruncitan kelihatan semakin rancak, khususnya sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), manakala sektor perkhidmatan pelancongan masih terjejas teruk, terutama sektor perhotelan berskala besar yang akan memerlukan masa untuk pulih kerana ia juga bergantung pada kemasukan pelancong antarabangsa ke Malaysia.

“Keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran, pekerja tempatan pula akan mendapat peluang pekerjaan semula menerusi inisiatif pemberian subsidi upah dan latihan semula serta menggalakkan aktiviti perniagaan e-dagang dan ekonomi gig,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.