78 ingkar PKP, 14 PATI ditahan

78 ingkar PKP, 14 PATI ditahan

Daripada 78 individu itu, seorang direman, 42 dikompaun dan 35 lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 40,495 kenderaan diperiksa dalam 67 sekatan jalan raya di seluruh negara bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin, khasnya di lorong tikus.
PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 78 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang direman, 42 dikompaun dan 35 lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan aktiviti melanggar SOP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 14 warga asing turut ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi 67 sekatan jalan raya di seluruh negara semalam dengan 40,495 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin, khasnya di lorong tikus.

Ismail Sabri Yaakob

Katanya, 934 rakyat Malaysia pulang dari Jepun, Indonesia, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Singapura, Australia, Turki, Korea Selatan, India, Bangladesh dan Iran.

“Seramai 933 individu diperintah menjalani kuarantin wajib di kediaman mereka, manakala seorang individu dibawa ke hospital.”

Beliau berkata, polis turut membuat 1,433 pemantauan pematuhan SOP kuarantin rumah dan semua individu terbabit didapati mematuhi SOP ditetapkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.