Pokok hiasan bukan saja cantik di mata, tapi baik untuk kesihatan kulit

Pokok hiasan bukan saja cantik di mata, tapi baik untuk kesihatan kulit

Kajian yang dijalankan oleh ‘The Royal Horticultural Society’ mendapati terdapat beberapa tumbuhan yang baik untuk kesihatan kulit.

Hobi menanam pokok-pokok hiasan di kawasan rumah mendatangkan manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental (Gambar Unsplash)

Pandemik Covid19 mencetus kegilaan kepada warga kota mengumpul pokok hiasan sebagai hobi baru.

Cuba jengah ke nurseri-nurseri di sekitar Sungai Buloh, Selangor pada hujung minggu, memang sesak dengan mereka yang mencari pokok-pokok idaman.

Namun, tahukah anda selain memperindah atau mencantikkan ruangan, pokok hiasan ini punya manfaat kesihatan.

Selain mampu menyerap racun dan membersihkan udara, “National Aeronautics and Space Administration” (NASA) juga mendakwa sesetengah pokok hiasan boleh meningkatkan “mood” dan produktiviti individu.

Satu lagi kebaikan pokok hiasan ialah ia bermanfaat untuk melembapkan kulit kering akibat dehidrasi.

Kajian yang dijalankan oleh “The Royal Horticultural Society” (RHS), mendapati terdapat beberapa tumbuhan yang baik untuk kesihatan kulit.

Ada bunga atau tanaman tertentu dapat mencegah sesebuah ruang menjadi kering kerana ia melalui proses transpirasi di mana ia akan melepaskan wap air melalui daun pada tumbuhan.

Antaranya ialah “Peace Lily”, “Spider Plant”, Aloe Vera, Pakis Boston dan juga Golden Pothos.

Hasilnya, ruangan yang menempatkan pokok-pokok hiasan itu akan menjadi lebih lembap dan mempengaruhi kulit individu yang berada di ruangan terbabit.

Memandangkan ramai yang sudah kembali ke pejabat, apa kata anda pujuk pihak pengurusan untuk menghias ruangan pejabat dengan pokok-pokok hiasan ini.

Maklumlah, penggunaan penyaman udara juga boleh menyebabkan ruangan menjadi kering dan aliran udara menjadi kurang bersih.

Kehadiran pokok-pokok hiasan ini selain dapat menyegarkan suasana, ruang pejabat juga tampil lebih tenang dan damai.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.