PM Tunisia letak jawatan, 6 menteri dipecat

PM Tunisia letak jawatan, 6 menteri dipecat

Enam menteri berkenaan dari parti Islam, Ennahda, yang baru-baru ini tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Elyes Fakhfakh.

Elyas Fakhfakh. (Gambar AP)
TUNIS:
Kerajaan Tunisia pada Rabu mengumumkan 6 menteri dari parti Islam, Ennahda, dipecat, lapor agensi berita Xinhua.

Keputusan itu diumum beberapa jam selepas Perdana Menteri Elyes Fakhfakh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Kais Saied.

Fakhfakh akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan baharu dibentuk, menurut kenyataan kerajaan.

Beberapa hari lalu, Ennahda, parti yang mempunyai majoriti di parlimen, membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Fakhfakh.

Dengan memiliki 54 kerusi parlimen, parti itu baru-baru ini menyuarakan hasrat untuk meminta Fakhfakh berundur, kerana “konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.