
“Berhubung latar belakang akademik Jalil Rasheed, penjelasan rasmi daripada pihak LSE mengesahkan bahawa beliau seorang graduan yang memegang ijazah daripada University of London bukan merupakan seorang graduan daripada LSE.”
Ini dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan daripada Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelaskan mengenai peletakan jawatan bekas PGCE PNB.
Maklumat yang diterima oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa latar belakang akademik dan pekerjaan yang dikemukakan oleh Jalil melalui PNB kepada badan itu tidak konsisten, pihak SC membuat inkuiri tentang perkara itu.
“Lanjutan daripada itu, SC mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Jalil pada 11 Jun 2020 untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau.”
Pada 13 Jun 2020, Jalil menyerahkan surat peletakan kedua-dua jawatannya atas sebab peribadi.
“Peletakan jawatan ini diterima oleh Lembaga Pengarah PNB pada Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah pada Isnin 15 Jun 2020.”