
Segelas jus lemon ais cukup menyegarkan tekak tatkala cuaca panas terik. Selain enak diminum, perahan jus lemon sebenar mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.
Ini kerana lemon tinggi dengan kandungan vitamin C yang merupakan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
Dek kerana itulah, lemon merupakan antioksida yang sangat baik.
Antioksida inilah yang menghalang radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan.
Jadi, untuk memelihara tubuh badan daripada radikal bebas, salah satu caranya ialah mengambil jus lemon secara rutin.

Berikut merupakan kebaikan lemon kepada tubuh badan:
- Membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Minum jus lemon yang dicampur dengan sedikit madu pada setiap pagi ketika perut masih kosong.
- Perahan air lemon yang dicampur dengan secawan air panas boleh membantu melancarkan sistem pencernaan.
- Jika sakit tekak atau mempunyai masalah tonsil, jadikan air perahan lemon sebagai ubat kumur.
- Jika dalam keadaan stres, legakan dengan mengambil secawan teh lemon untuk mendapatkan ketenangan.
- Ketika demam atau selesema, cuba amalkan pengambilan lemon kerana ia kaya dengan kandungan asid sitrik, bioflavonoids, vitamin C, kalsium, pektin yang boleh meningkatkan sistem imunisasi.
- Kandungan vitamin B memberi manfaat kepada kesihatan jantung.
- Kandungan potasium membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
- Berkesan untuk memudarkan parut pada kulit. Sama ada kesan kemalangan atau lecur.
- Membantu mengatasi masalah kulit kepala seperti kelemumur, rambut gugur dan berminyak. Bahkan jika diamalkan pemakaiannya, ia boleh menjadikan rambut lebih bersinar.
- Mampu menghentikan pendarahan hidung kerana ia bersifat antiseptik. Caranya, letakkan sedikit jus lemon ke atas kapas dan letakkan di rongga hidung yang berdarah dan tunggu seketika sehingga darah berhenti mengalir.
Tip pilih lemon
Pilih lemon yang terasa berat dan teksturnya lembut. Jadi, sebelum buat pembelian, picit sedikit lemon yang ingin dibeli.
Jika ia terasa keras, pilih yang lain. Kulitnya harus berwarna kuning cerah dan bersinar, tanda ia tidak terlalu masak.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]