
Jumlah kematian kekal 122 orang apabila tiada kematian dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 4 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 3 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 83 kes. Mereka sudah diasingkan dan diberikan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noor Hisham, daripada 7 kes baru hari ini, 6 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 4 bukan warganegara.
“Satu kes penularan dalam negara adalah warganegara Malaysia, iaitu kes daripada kluster PUI Novgorod,” katanya.