Zuraida: Ampang sasar status bandar raya tahun depan

Zuraida: Ampang sasar status bandar raya tahun depan

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata, banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasi misi tersebut.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, Majlis Perbandaran Ampang memenuhi syarat untuk diisytihar sebagai bandar raya seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.
KUALA LUMPUR:
Ampang kini menetapkan sasaran untuk diisytihar sebagai sebuah bandaraya menjelang tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasi misi tersebut.

“Antara projek yang sedang kita laksanakan adalah untuk buat 1 kolam renang, pusat kawalan dan kita alihkan beberapa tempat medan selera, diperkemaskan dan dibersihkan.

“Ini antara usaha yang kita jalankan untuk mengangkatnya sebagai majlis bandar raya, kita sasar 2021,” katanya selepas melawat tapak pembangunan di Dataran Belia Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang di sini, hari ini.

Terdahulu, Zuraida berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya memenuhi syarat seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.

Ketika ini terdapat 16 bandaraya di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, George Town, Seberang Prai, Ipoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Alor Setar, Johor Bahru, Melaka, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Miri, Kuching, Iskandar Puteri, Seremban dan Subang Jaya.

Sementara itu, mengulas pembangunan loji sisa kepada tenaga (WTE) di bawah Dasar Kebersihan Negara, beliau berkata, setiap negeri akan memiliki sekurang-kurangnya 1 loji WTE.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.