Al Jazeera disiasat kerana Jabatan Peguam Negara dapati ada unsur hasutan

Al Jazeera disiasat kerana Jabatan Peguam Negara dapati ada unsur hasutan

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata kebebasan media harus ikut undang-undang yang melindungi keharmonian kaum dan agama.

KUALA LUMPUR:
Polis diarah menjalankan siasatan terhadap kes dokumentari Al Jazeera selepas Jabatan Peguam Negara mendapati ada unsur-unsur yang menyalahi Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador beri jaminan media bebas untuk melaporkan apa sahaja, tetapi harus ikut undang-undang yang menjaga keharmonian kaum dan agama.

“Undang-undang tak susah dipatuhi. Polis mendokong kebebasan media yang bertanggungjawab,” katanya pada sidang media hari ini.

Hamid menjelaskan ada beberapa perkara dibangkitkan yang condong ke arah menggambarkan keadaan di sini “amat buruk”.

“Laporan ini mencetuskan kemarahan orang ramai,” katanya.

Hamid berkata apa yang dihadapi kakitangan Al Jazeera yang dipanggil ke Bukit Aman bukan hukuman, tetapi proses siasatan biasa.

Mengikut proses itu, mereka ke Bukit Aman sebagai saksi.

“Mereka datang menjawab beberapa soalan. Apabila soalan-soalan dijawab, kita lengkapkan kertas siasatan, angkat balik ke Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Hamid berkata mereka masih dibenarkan untuk menjalankan tugas mereka sebagai media, dan sekiranya Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa, mereka akan diberi akses kepada peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.