PNB lantik Ahmad Zulqarnain sebagai ketua eksekutif kumpulan baru

PNB lantik Ahmad Zulqarnain sebagai ketua eksekutif kumpulan baru

Beliau menggantikan Abdul Jalil Abdul Rasheed yang meletak jawatan pada 15 Jun lepas.

Ahmad Zulqarnain Onn sebelum ini merupakan timbalan pengarah urusan Khazanah Nasional Bhd dan mempunyai pengalaman lebih 23 tahun dalam sektor perkhidmatan kewangan dan korporat. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia, Permodalan Nasional Bhd (PNB) melantik Ahmad Zulqarnain Onn sebagai presiden dan ketua eksekutif kumpulan (PGCE) yang baru berkuat kuasa 1 Julai, 2020.

Beliau akan menggantikan Abdul Jalil Abdul Rasheed, yang meletak jawatan secara mengejut pada 15 Jun.

Sebelum ini, Ahmad Zulqarnain merupakan timbalan pengarah urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan mempunyai pengalaman lebih 23 tahun dalam sektor perkhidmatan kewangan dan korporat, menurut PNB dalam kenyataan hari ini.

“Berdasarkan semua keperluan yang ditetapkan, PNB menerima kesemua kelulusan yang diperlukan bagi pelantikan PGCE yang baru, termasuk daripada Yayasan Pelaburan Bumiputra, Lembaga Pengarah PNB dan pihak badan kawal selia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.