Ketua pegawai eksekutif MRT Corp berundur

Ketua pegawai eksekutif MRT Corp berundur

Yazid dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Corp pada 1 Februari tahun lepas di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Ketua pegawai eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd Abdul Yazid Kassim. (Gambar MRT Corp Facebook)
PETALING JAYA:
Ketua pegawai eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd Abdul Yazid Kassim akan meninggalkan syarikat itu selepas hanya 16 bulan memegang jawatan tersebut.

“Ya benar. Beliau akan tinggalkan syarikat,” kata sumber di MRT Corp kepada FMT.

Bagaimanapun sebab penarikan diri, maupun tarikh akhir beliau bekerja tidak dapat disahkan.

Yazid dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Corp pada 1 Februari tahun lepas di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut laman theedgemarkets, ketua pegawai eksekutif Sapura Secured Technologies Mohd Zarif Hashim akan mengambil alih daripada Yazid.

Penarikan diri Yazid merupakan susulan terbaru perubahan kepimpinan syarikat dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan berikutan pertukaran kerajaan pada Mac.

Ini termasuklah presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Jalil Rasheed.

Jalil meninggalkan PNB selepas 9 bulan dilantik ke jawatan itu.

Wan Zulkiflee yang berkhidmat di Petronas selama 37 tahun kini merupakan pengerusi Malaysia Airlines Bhd.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.