Berdepan krisis hutang, iflix bakal dijual kepada syarikat dari China?

Berdepan krisis hutang, iflix bakal dijual kepada syarikat dari China?

iflix dilaporkan sedang menghadapi krisis hutang dan sedang mencari pembeli untuk pesaingnya.

iflix sedang menghadapi krisis hutang dan sedang mencari pembeli untuk pesaingnya. (Gambar fail)

Bagi mereka yang suka menonton “movie” pasti akan tahu beberapa platform yang menyediakan penstriman video termasuklah iflix.

Namun iflix dikatakan sedang menghadapi krisis hutang dan sedang mencari pembeli untuk pesaingnya.

Malah, pihak iflix juga melantik pakar distressed asset dalam lembaga pengarah selepas 2 pengasas iflix meninggalkan iflix.

Menurut laporan Nikkei, antara pembeli yang berpotensi untuk membeli platform berkenaan dari China dan mungkin dijual hujung bulan ini.

Pengerusi iflix, Patrick Grove dan pengasas bersama iflix, Luke Elliot meninggalkan barisan lembaga pengarah pada April lalu.

Ketika itu, iflix juga dilaporkan kurangkan tenaga kerja iaitu kurang daripada 65 orang sebagai usaha mengurangkan kos operasi.

Perkara itu berlaku kerana tarikh pembayaran hutang makin menghampiri iaitu pada 31 Julai 2020.

Difahamkan, iflix berdepan krisis hutang dengan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM675 juta pada tahun 2018 dan pada tahun 2019 mempunyai modal kerja negatif sebanyak RM331 juta.

Ketika ini, platform itu tersedia di 13 pasaran di Asia termasuklah Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, dan masih belum mengumumkan sama ada sudah menerima sebarang suntikan dana baru daripada pelabur.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.