
Kreativiti pembaca berita RTM wajar mendapat pujian selepas mereka mencetuskan idea untuk memakai pakaian sekolah dalam setiap penyampaian mereka di televisyen.
Ia sebagai simbolik pembukaan hari pertama sekolah untuk pelajar yang bakal hadapi SPM, STPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Sebagai usaha untuk mengembalikan semula suasana persekolahan, kesemua pembaca berita dari RTM dan pengacara Selamat Pagi Malaysia, memakai pakaian sekolah ketika bertugas hari ini.
Menerusi Facebook Awang Suffian Awang Hussin, dia berkongsi gambar di mana pembaca berita dan pengacara rancangan mengenakan baju sekolah ketika membuat liputan secara langsung hari ini.
Ia memang jarang sekali berlaku, namun kreativiti ini wajar dipuji kerana berusaha untuk tarik minat penonton.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]