
Petani yang minta tidak dinamakan mengeluh dengan laporan mengatakan kerajaan mungkin akan menetapkan harga ayam maksimum, sama seperti kawalan harga di musim perayaan.
Pada Ahad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Alenxander Nanta Linggi bercakap tentang harga setiap kilogram mencecah RM10 hingga RM11 berbanding maksimum RM7.50 mengikut skim musim perayaan.
Petani itu berkata: “Orang ramai kena berlaku adil pada kami. Ada banyak faktor yang memberi kesan kepada pengeluaran ayam dan faktor-faktor ini bukannya tetap.
“Kami import makanan ayam dari luar negara: Ringgit yang lemah bermakna kos naik. Harga buah import juga naik tapi tak ada pun orang mengadu. Tiada pun orang cakap tentang kenaikan kos yang kami kena tanggung apabila nilai matawang menurun.”
Beliau berkata bekalan ayam menjadi perlahan semasa sekatan PKP dan bilangan ayam yang dihantar ke pusat penyembelihan juga berkurangan.
“Ini bermakna tiada banyak ruang untuk masukkan anak ayam baru. Cuaca hujan baru-baru ini bermakna anak ayam terdedah kepada cuaca sejuk lalu menyebabkan mereka mudah terkena penyakit. Apabila mereka sakit, mereka membesar dengan perlahan.”
Penternak itu menambah kualiti makanan haiwan juga memberi kesan pada tumbesaran anak ayam.
“Kami import makanan haiwan daripada serata dunia, dan ada kalanya hantaran itu tidak baik. Ini risiko yang kami tanggung dan semua orang merana.”
Katanya, seekor burung memerlukan makanan sebanyak antara 1.6kg dan 1.9kg.
“PKP ini amat mencabar, beberapa penternak hampir muflis. Di samping itu, apabila ada kawalan harga, kami kerugian kerana kos yang kami tanggung kekal tinggi.”
Penternak itu berkata harga ayam di Malaysia lebih rendah berbanding negara jiran termasuk Indonesia, Filipina, dan Vietnam.