Tindakan keluar parti di Saratok tidak mengejutkan, kata PKR Sarawak

Tindakan keluar parti di Saratok tidak mengejutkan, kata PKR Sarawak

Larry Sng berkata, ahli PKR di Saratok adalah pengikut ahli Parlimen kawasan itu, Ali Biju.

Pengerusi PKR Sarawak Larry Sng berkata, parti itu masih kuat.
KUCHING:
Pengerusi PKR Sarawak Larry Sng berkata, tindakan keluar parti 25 ahli parti itu di Saratok tidak mengejutkan kerana mereka merupakan pengikut ahli Parlimen Saratok Ali Biju.

“Saratok sebelum ini diketuai oleh Ali. Oleh sebab beliau (Ali) keluar PKR, saya tidak terkejut pengikut beliau membuat keputusan untuk mengikutnya,” katanya kepada FMT.

Ahli jawatankuasa bahagian itu, termasuk timbalan ketua, Barang@William Usup, mengumumkan peletakan jawatan mereka hari ini dengan berkata, parti itu telah hilang arah tujuan dan hanya tertumpu kepada usaha melantik Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas ini.

Sng berkata, bahagian tersebut akan distruktur semula di bawah arahan jawatankuasa pimpinan pusat.

Beliau mendakwa terdapat 2,900 ahli PKR di Saratok pada 2019.

Katanya, dalam tempoh 4 bulan lepas, PKR Sarawak menyaksikan peletakan jawatan dan penggantungan kira-kira 200 ahli parti itu.

Bagaimanapun kata beliau, dalam tempoh sama parti itu juga menerima kemasukan lebih 800 ahli baru.

“PKR Sarawak masih kuat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.