
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata, projek itu, yang kini dijangka siap pada Oktober 2020, bernilai RM9.55 bilion, termasuk lebih RM400 juta untuk gerabak dan RM200 fi konsultasi.
“Setakat ini, kita difahamkan bahawa tiada pertambahan kos. Tambahan lagi kelewatannya tidak banyak. Ia boleh disiapkan dalam 2 tahun.
“Berdasarkan taklimat SIPP-YTL, iaitu syarikat pengurus projek ini, ia sudah 60% siap,” katannya selepas meninjau kerja-kerja berkaitan projek itu di stesen kereta api Kulai di sini, hari ini.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif bahagian landasan SIPP-YTL Azmi Abdul Aziz berkata, kelewatan projek berpunca daripada proses ambil alih tanah, selain arahan berhenti kerja berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac.
Projek kereta api EDT Gemas-Johor Bahru sepanjang 192km akan mempunyai 11 stesen, termasuk Segamat, Kluang, Labis, Bekok, Paloh, Renggam, Layang-layang, Mengkibol, Kulai dan Kempas Baru.