
“Saya baru dengar, saya pun baca berita yang dia tidak lagi menjadi ahli Bersatu,” katanya lapor Berita Harian, selepas minum petang di Taman Puteri Gunung, Seberang Perai, Pulau Pinang.
FMT semalam melaporkan Bersatu Kelantan sedia memberi laluan kepada bekas menteri itu di Parlimen Jeli, jika PRK diadakan.
Hari ini, Mustapa dalam kenyataan memaklumkan beliau melepaskan keahlian Bersatu dan meletakan semua jawatan dalam parti pada 30 Sept lepas, serta sudah ‘pencen’ daripada politik.
Mustapa memenangi Parlimen Jeli sejak 1995, sebelum menarik diri daripada bertanding pada PRU15.
Mengulas lanjut, Muhyiddin menyifatkan Mustapa sebagai sahabatnya.
Zahari Kechik, bekas setiausaha politiknya membawa cabaran Bersatu di Jeli menang dengan majoriti 12,464 menewaskan tiga calon lain.
Beliau bagaimanapun mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 8 Nov tahun lalu, selepas mendakwa pelbagai isu membelenggu rakyat di kawasannya termasuk kos sara hidup dan peruntukan pembangunan.