
Pemeriksaan yang dilakukan Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, mendapati keadaan premis mempunyai urungan lipas, lantai serta dinding proses penyediaan kotor dan berdaki hitam.
Premis itu turut tidak menyediakan tempat mencuci peralatan dan kerja mencuci dijalankan di atas lantai.
“Makanan yang sudah dimasak juga terdedah, tempat sejuk beku makanan berada dalam keadaan kotor dan tidak kemas serta tempat penyimpanan bahan mentah dalam keadaan kotor,” katanya dalam satu kenyataan.
DBKL berkata, tindakan penutupan premis itu yang dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, berkuat kuasa 20 Jun sudah dikeluarkan.