Sugu Pavithra pindah rumah baru, netizen puji keputusan diambil

Sugu Pavithra pindah rumah baru, netizen puji keputusan diambil

Sugu Pavithra mampu untuk berpindah ke rumah baru hasil pendapatan di YouTube.

Sugu Pavithra mampu untuk berpindah ke rumah baru hasil pendapatan di YouTube.

Nama Sugu Pavithra di kalangan rakyat Malaysia sudah tidak asing lagi.

Video resepi masakannya yang simple dan menyelerakan menjadi trending hingga ke luar negara menerusi saluran YouTube mereka sendiri.

Kini Sugu Pavithra mampu untuk berpindah ke rumah baru hasil pendapatan di YouTube.

Pasangan suami isteri ini juga sehingga kini berjaya meraih jumlah “subscribers” yang tinggi iaitu 658,000.

Dalam laporan sebelum ini, suaminya memutuskan untuk berhenti kerja kerana mereka mahu memberikan tumpuan sepenuhnya menghasilkan video YouTube selepas mendapat perhatian dan sokongan banyak pihak termasuklah Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Memandangkan rumah yang mereka duduki adalah kuarters untuk pekerja di estet, maka pasangan ini kini berpindah ke rumah baru yang lebih selesa.

Dan bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh orang ramai, Sugu Pavithra berkongsi video mereka mencuci dan berpindah ke rumah baru.

Mereka turut memberitahu rumah baru tersebut terletak di pekan Sungai Siput.

Video tersebut juga meraih tontonan yang tinggi dengan lebih 549,000 tontonan setakat ini.

Sikap rendah diri yang ditunjukkan pasangan ini, membuatkan orang ramai mula tertarik untuk mengikuti mereka di laman YouTube dan menambah jumlah pengikut dalam masa yang singkat.

Selain itu, pasangan ini juga fasih berbahasa Melayu dan ia menjadi antara faktor tambahan yang menarik perhatian rakyat Malaysia.

https://youtu.be/j4832YZV6pM

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.