
Dalam kenyataan bersama semalam, persatuan terbabit berkata keputusan melibatkan petugas perlu diberi perhatian yang serius kerana mereka merupakan tonggak dan penyumbang utama ke arah kejayaan perancangan organisasi.
Kenyataan itu dikeluarkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Persatuan Farmasi Malaysia, Persatuan Jururawat Malaysia, Kesatuan Jururawat Malaysia, dan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, tinjauan dalam talian mengenai perkara tersebut oleh MMA dari 22 hingga 28 Mei lepas menunjukkan 92% daripada 9,320 responden membantah pelaksanaan sistem berkenaan.
Menurut kenyataan itu, sistem tersebut dibantah atas faktor kekurangan tenaga kerja serta prasarana yang memerlukan penilaian dan penyelidikan terperinci bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.