Noh Omar letak jawatan selepas 17 hari dilantik pengerusi MISC

Noh Omar letak jawatan selepas 17 hari dilantik pengerusi MISC

Noh Omar dilantik sebagai pengerusi MISC Bhd pada 1 Jun lepas.

MISC Bhd berkata, peletakan jawatan Noh Omar sebagai pengerusi syarikat berkuat kuasa 17 Jun ini.
KUALA LUMPUR:
MISC Bhd mengumumkan bahawa Noh Omar yang baru sahaja dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengarahnya pada 1 Jun lepas meletak jawatan tersebut, berkuatkuasa 17 Jun 2020.

“Tan Sri Noh Omar telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan selepas berbincang dengan perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noh berharap, Lembaga MISC dan pengurusannya akan mencatatkan kejayaan dalam usaha menerajui syarikat itu ke tahap yang lebih tinggi.

Sebaliknya, Lembaga Pengarah MISC turut memberikan harapan yang serupa ke atas Noh dalam usaha dan masa depan beliau.

MISC merupakan perkhidmatan serta penyelesaian maritim yang berkaitan dengan tenaga antarabangsa yang terkemuka.

Perniagaan utama kumpulan terdiri daripada perkhidmatan pengangkutan bahan api dan aktiviti yang berkaitan, pemilikan serta pengoperasian penyelesaian terapung luar pesisir, pembaikan termasuk kerja naik taraf marin, kejuruteraan dan pembinaan, perkhidmatan maritim bersepadu, khidmat pelabuhan dan terminal serta pendidikan dan latihan kelautan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.