Bekas eksekutif yayasan milik Muhyiddin akan didakwa

Bekas eksekutif yayasan milik Muhyiddin akan didakwa

Dia akan didakwa atas kesalahan pecah amanah melibatkan RM2.6 juta.

KUALA LUMPUR:
Seorang bekas eksekutif akaun di Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) milik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan beberapa ahli keluarganya akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan pecah amanah melibatkan kerugian RM2.6 juta.

Menurut senarai mahkamah, kes itu akan didengar di hadapan Hakim-Hakim Hasbullah Adam, Sabariah Othman dan Ahmad Kamal Arifin Ismail pada 9 pagi.

Mereka dijangka berdepan 155 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Wanita itu meletak jawatan sebagai eksekutif akaun di yayasan amal tersebut pada 23 Jan 2019 sebaik sahaja audit dalaman dijalankan.

Audit tersebut mendapati suspek melakukan beberapa perbuatan pecah amanah dan pengambilan aset tunai tanpa kebenaran ahli lembaga pemegang amanah.

Kes itu kemudian dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.