Annuar Musa arah konsisten basmi peniaga asing haram di pasar borong

Annuar Musa arah konsisten basmi peniaga asing haram di pasar borong

Menteri mengingatkan pihak berkuasa jangan hanya menguatkuasakan undang-undang sekali sahaja.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa bercakap kepada pemberita semasa beliau sekali lagi turun meninjau keadaan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR:
Menteri Wilayah Annuar Musa mengarahkan penguatkuasaan konsisten membasmi peniaga warga asing yang berniaga secara haram di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang.

Beliau berkata masih ada aktiviti melibatkan warga asing di sekitar pasar borong itu, walaupu pasar itu sendiri tiada warga asing yang berniaga secara haram.

“Jangan buat sekali dan tidak buat dah. Kadang-kadang, masalah itu masalah kita sendiri,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Gelandangan Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita adakah masih ada perniagaan haram melibatkan warga asing di pasar borong itu.

Annuar berkata setakat ini sudah hampir 200 premis haram milik warga asing disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.