700 kakitangan, 800 tahanan penjara Sungai Buloh akan disaring selepas 1 kes positif Covid-19 dikesan

700 kakitangan, 800 tahanan penjara Sungai Buloh akan disaring selepas 1 kes positif Covid-19 dikesan

Tahanan bukan warganegara itu ditahan di penjara Sungai Buloh sejak 2016.

700 kakitangan dan 800 tahanan penjara Sungai Buloh akan menjalani saringan Covid-19 selepas seorang tahanan disahkan positif wabak itu.
PUTRAJAYA:
700 kakitangan dan 800 tahanan di Penjara Sungai Buloh akan disaring selepas seorang tahanan dikesan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tahanan berkenaan yang merupakan rakyat Kanada berketurunan Sri Lanka berusia 60 tahun ditahan di penjara itu sejak 2016 dijatuhi hukuman pada akhir Mei tahun ini untuk dihantar ke Depoh Imigresen Semenyih.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP) saringan Covid-19 telah dijalankan sebelum kes dipindahkan ke depoh berkenaan.

Kes didapati positif pada 31 Mei sebelum dihantar untuk menjalani rawatan di Maeps, Serdang. Keadaannya didapati stabil.

“Sepanjang berada di penjara Sungai Buloh, individu terbabit ditempatkan di blok Berkat (800 penghuni) dan berada di sel tahanan dengan 8 hingga 10 individu lain,” katanya.

Noor Hisham berkata, sehubungan itu Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyaring kontak rapat tahanan tersebut, selain 800 tahanan lain dan 700 kakitangan penjara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.