
SINGAPURA: Penggantungan pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sepanjang 350km mungkin dilanjutkan selepas 31 Mei ini.
“Malaysia meminta untuk melanjutkan tempoh penggantungan bagi membolehkan kedua-dua pihak membincangkan perubahan yang dirancangkan.
“Kami sedang mempertimbangkan permintaan mereka dengan serius,” kata Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dalam catatan Facebooknya semalam.
Sebelum ini, kedua-dua kerajaan bersetuju menggantung pembinaan projek dua hala itu sehingga 31 Mei ini bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Putrajaya mengkaji semula projek itu dengan MyHSR Corp mengenal pasti opsyen pengurangan kos, seperti menyemak dan mengoptimumkan penjajaran, lokasi stesen dan model perniagaan.