33 diambil keterangan siasatan perkahwinan di kuil Seri Kembangan

33 diambil keterangan siasatan perkahwinan di kuil Seri Kembangan

Polis berkata, keterangan itu diambil daripada pengerusi kuil dan individu yang menghadiri majlis perkahwinan itu.

Sebuah kuil di Seri Kembangan dipercayai mengadakan majlis perkahwinan yang dihadiri kira-kira 100 individu semalam.
KUALA SELANGOR:
Polis Selangor sudah merekodkan keterangan 33 individu berhubung dakwaan satu majlis perkahwinan diadakan di sebuah kuil di Seri Kembangan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmad berkata keterangan itu diambil daripada pengerusi kuil dan individu yang menghadiri majlis berkenaan.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Selain itu, siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan sebuah kuil di Seri Kembangan dipercayai mengadakan majlis perkahwinan yang dihadiri kira-kira 100 individu.

Kejadian itu dilaporkan disedari seorang individu yang melihat deretan kereta, selain orang ramai berkumpul di dalam kuil berkenaan sebelum merakamkan video.

Video itu kemudiannya tersebar di media sosial kerana berlangsung dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.