Kreatif… Peniaga hasilkan tote beg inspirasi daripada topeng

Kreatif… Peniaga hasilkan tote beg inspirasi daripada topeng

Tote beg yang dihasilkan ini bersaiz sederhana dan ini bermakna pembeli akan mendapat topeng sebesar ukuran beg.

Tote bag yang dihasilkan ini bersaiz sederhana dan ini bermakna pembeli akan mendapat topeng sebesar ukuran beg. (Gambar Instagram)

Penularan wabak Covid-19 mengubah kehidupan majoriti masyarakat seluruh dunia baik dari segi norma kehidupan atau pun ekonomi.

Bermacam-macam cara yang dapat dilihat ketika ini bagaimana masyarakat dunia sedang bangkit untuk melepaskan diri daripada cengkaman masalah ekonomi akibat wabak ini.

Sebelum ini di Kenya tular apabila pengusaha salon rambut mencipta gaya rambut aneh bersempena wabak Covid-19.

Trend rambut ini mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan.

Lain pula kisahnya di Indonesia apabila sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan cetakan beg menghasilkan rekaan tote beg yang sangat kreatif.

Rekaan ini turut mendapat perhatian netizen dari negara jiran.

Arlie Percetakan kain tampil dengan rekaan tote beg topeng.

Tote beg yang dihasilkan ini bersaiz sederhana dan ini bermakna pembeli akan mendapat topeng sebesar ukuran beg.

Sebelum rekaan beg ini tular seorang pemilik akaun Twitter berkongsi rekaan beg ini di media sosial.

Ruangan komen Instagram Arlie Percetakan Kain dibanjiri dengan pujian netizen yang mengatakan rekaan tersebut sangat menarik.

Sehinggakan ada yang bertanya sama ada penghantaran beg tersebut boleh dilakukan ke Malaysia atau Singapura.

Tempahan rekaan beg ini masih dibuka sehingga 18 Mei sebelum operasi pembuatan dihentikan seketika untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dan berita baik untuk para pembeli yang bukan dari Indonesia, mereka boleh menghantar beg ini hingga ke Malaysia.

Beg rekaan topeng ini antara contoh yang menunjukkan bagaimana pembeli boleh menyesuaikan pilihan fabrik yang diingini dengan pelbagai corak yang ada.

Dalam erti kata lain, pembeli boleh menghasilkan rekaan beg daripada cetusan idea sendiri.

Dari segi harga pula, ianya bergantung kepada jenis penggunaan fabrik dan kos cetakan.

Usaha peniaga ini untuk memajukan perniagaan meskipun wabak Covid-19 belum berakhir sepenuhnya harus dipuji.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.